SMP Negeri 1 Gegesik, merupakan sekolah lanjutan tingkat pertama yang berada di pelosok negeri ini, namun tak membuat kami menjadi terbelakang, kami mampu memberikan yang terbaik, walau hanya minoritas...
Kamis, 28 Februari 2013
Pekerja swasta rugi RM2,760 akibat urusniaga online
9H07 CICI DWI JULIANI
KUANTAN: Gara-gara terpedaya dengan tawaran seorang wanita yang ingin menjual sebuah motosikal menerusi internet, seorang lelaki kerugian RM2,760 selepas tertipu dalam urusniaga itu.
Mangsa, seorang pekerja swasta, 30, menyedari ditipu selepas motosikal yang dibelinya daripada wanita itu yang mendakwa dari Johor awal bulan ini masih belum diterima sehingga hari ini dan membuat laporan di Balai Polis Raub semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata selepas membaca tawaran itu di laman web pada 8 Februari lalu, mangsa menghubungi wanita itu untuk membeli motosikal Yamaha RXZ itu yang ditawarkan pada harga begitu murah iaitu RM2,500.
"Wanita itu kemudian meminta mangsa menambah RM260 untuk kos penghantaran menggunakan lori penghantaran ekspres dan mangsa yang bersetuju kemudian memasukkan RM500 ke dalam akaun wanita itu sebagai wang pendahuluan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Wan Samsudin berkata, pada petang hari yang sama, mangsa memasukkan RM2,260 ke dalam akaun wanita berkenaan.
"Selepas memaklumkan bayaran penuh terhadap motosikal berkenaan sudah selesai, wanita terbabit kemudian berjanji dengan mangsa akan menghantar motosikal itu dalam tempoh lapan hari," katanya.
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PekerjaswastarugiRM2_760akibaturusniagaonline/Article/
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar